Program Executive Pocket Talk Bersama SME Corp-DDEC-MyIPO-Mara
23 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2019, seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 23 orang staf Pusat Internet Kelantan (Maxis) serta 57 orang awam telah menyertai Program Executive Pocket Talk Bersama SME Corp-DDEC-MyIPO-Mara yang diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu yang berlansung selama 9 jam. Program ini adalah anjuran Mara khas untuk para peserta Latihan Pembangunan Usahawan (LPU) Kelantan.
Terdapat 3 slot ceramah/seminar yang mana menerangkan berkenaan program-program dan geran yang disediakan oleh SME Corp yang disediakan oleh SME Corp serta pendedahan mengenai penciptaan logo yang unik, kreatif dan berkesan untuk penjenamaan sesuatu produk. Slot terakhir dikendalikan oleh Tuan Haji Zul Aziz yang merupakan pegawai dari Mara Kelantan yang memainkan peranan utama untuk membantu para usahawan di bawah jagaannya bagi seluruh negeri Kelantan. Sesi berakhir pada jam 5.30 petang dengan aktiviti minum petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: